Saturday, December 11, 2010

KISAH LOBAK, TELUR & COKLAT PANAS....


Nur Izzah, seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana silih-berganti masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap 'horror'. Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di mata dunia, bernama Chef Jay.
Di dalam dapur yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk 'stainless steel' yang berisi air paip dan memanaskannya di atas dapur gas yang kuat apinya.
alt
Nur Izzah kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merahtelur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama Galaxy ( memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.
Nur Izzah menarik muka masam. Dia tidak merasakan ayahnya memahami masalahnya. Selepas beberapa ketika, Chef Jay mengangkat lobak merah dan telur ayam kampung ke dalam dua mangkuk dan menuangkan coklat panas ke dalam gelas. Dialog antara ayah dan anaknya pun bermula.
Chef Jay : Apa yang Izzy (nama manja) nampak?
Nur Izzah : Lobak merah, telur ayam kampung dan coklat panas...
Chef Jay : OK... cuba Izzy rasa lobak merah, kupas telur ayam kampung dan hirup sedikit air coklat panas tu... lepas tu... beritahu ayah apa yang Izzy rasa.
Nur Izzah : Hmmm... lobak merah tu lembut dan senang dikunyah, telur ayam kampung tu sebelum masak dalamnya cair (mentah) tapi bila dah rebus jadi keras dan yang paling sedap air coklat panas tu yang begitu enak ketika panas. Tapikan... kenapa ayah buat macam ni???
Chef Jay : Sesungguhnya, dengan memasak pun boleh menyelesaikan masalah Izzy tu. Ketiga-tiga bahan tu memberikan tindak balas yang berlainan terhadap air panas yang menggelegak. Lobak merah yang pada mulanya keras menjadi lembut bila direbus. Telur ayam kampung pada mulanya isi dalamnya cair, tetapi menjadi keras apabila direbus. Coklat panas itu pula tidak enak dimakan begitu sahaja, tetapi enak diminum panas-panas apabila dibancuh dengan air panas.
Nur Izzah : Jadi apa kaitannya dengan masalah Izzy ni? Izzy tak faham.
Chef Jay : Air yang panas menggelegak itu umpama semua masalah Izzy dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah Izzy nak jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut (lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah). Jangan jadi seperti telur ayam kampung isi dalamya cair (umpama hati yang lembut dan boleh di bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu) walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti coklat panas itu, menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak. Begitulah Izzy yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak menghadapi masa hadapan.
Nur Izzah menitiskan air mata terharu mendengar nasihat ayahnya itu... Seakan-akan muncul semangat baru di dalam diri Nur Izzah untuk terus mara ke hadapan.
Sahabat-sahabatku sekalian...
Ujian adalah Tarbiyyah daripada Allah s.w.t.
Berilah pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar masalah mereka.
Moga-moga kita dirahmati Allah s.w.t. Amin...

Monday, December 6, 2010

BILA BESAR NANTI SAYA NAK JADI APA?

..... Emmm... Ni la soalan yang selalu bermain di fikiran time kecik-kecik dulu... Hehe... Kalo diingatkan balik kadang-kadang lucu jugak... Senyum sendiri dibuatnya.... Time masuk darjah 1 cikgu tanya bila besar nanti nak jadi apa? Jawapan yang pertama bermain di fikiran? "Saya mau jadi Hang Tuah, cikgu" Hehe... Mentang-mentang la hari sebelumnya 2 ceta Hang Tuah ditayangkan kat tv... Apa daa.... Sampai jari hampir putus kena parang... Abang jadi Hang Tuah, aku jadi Hang Jebat... Tau la budak-budak lagi time 2 mana ada fikiran lagi... Aku guna lidi abang guna parang... Lawan punya lawan last-last darah menitis dari jari... Waaaaaaa....... Takut tol time 2... Ingatkan jari dah putus... Hehe..



Pas 2 plak tgk ceta polis trus nak jadi polis.... Tgk ceta Jackie Chan trus nak jadi Jackie Chan... Pulang sekolah kung fu dengan abang last-last kena sebiji kat muka.... Menangis... Hahahaaa..... Adooiiiaaaiiiii............ Semua ni kalo dikenang balik time-time macam ni best pulak... Lebih-lebih lagi abang sekarang jauh di Sarawak... Jarang sangat jumpa dia... Walau pun dua tahun lalu kami tak 'ngam'... Adalah masalah peribadi... Tapi sedikit demi sedikit perasaan marah tu mula hilang... Lagi pun dia tetap abang aku... Sampai bila-bila... Walau pun hakikatnya dia yang salah, tapi aku tetap adik....

      Ehh... Apa aku merepek sampai ceta tu plak... Aku nak ceta pasal "Bila Besar Nanti Saya Nak Jadi Apa" laa..... Masuk darjah dua, cita-cita nak jadi doktor... Huhh.. Doktor... Haha... Time demam doktor injection pandai plak lari, sempat tendang doktor lagi.... Tapi cita-cita nak jadi doktor... Biasalah budak-budak... Apa yang dilihat tu yang diorang nak jadi... Cita-cita ni kekal hingga aku masuk tahun 6... Masuk ja tahun 6, "bila besar nanti saya nak jadi peguam, cikgu"... Fuuhhhh... Peguam tu..... Ni bukan main-main punya cita-cita ni... Tapi cita-cita tu bertahan hingga aku masuk tingkatan 3 jaa....

      Tingkatan 3.... Di sinilah semuanya mula berubah.... Pertama, mula terpengaruh dengan kawan-kawan... jadi nakal... Kedua, start becinta.... Tumbuh jerawat.... Ketiga, wakil sekolah sampai peringkat negeri bola sepak.... Jadi pujaan ramai... Hahahaaa.... Kesimpulannya, pelajaran mula merosot.... Dan cita-cita time tu "saya nak jadi pemain bola sepak, cikgu... macam Matlan Marjan.." Huhu.. Mentang-mentang la Matlan tu sepupu aku... Apa ayah aku cakap? " Ko ingat jadi pemain bola tu boleh jamin masa depan ka?" Haha..

      Masuk ja tingkatan 4, pindah sekolah ke sekolah teknik... Cita-cita nak jadi engineer... Haaa.... Yang ni ayah aku sokong 100%... Tapi bola sepak tetap no.1 di hati... Tetap wakil sekolah sampai peringkat negeri sampai aku tingkatan 5.... Aku tak peduli apa ayah aku cakap... Yang penting aku dapat kepuasan dalam bola sepak... Tapi SPM aku tetap cemerlang.... Masuk tingkatan 6, cita-cita tukar lagi... Nak jadi cikgu pulak..... Angan-angan nak masuk UPSI... Tapi, bola sepak sekali lagi jadi penghalang.... Wakil sekolah lagi... Pas tu ikut pertandingan kawad kaki bomba... STPM sebulan lagi tapi aku di Beaufort ikut pertandingan kawad kali... hasilnya.... STPM aku lingkup.... Bye2 cita-cita cikgu....

      Tapi aku tak mau mengalah.... setahun pas tu aku masuk politeknik... Rasa-rasanya cita-cita sebagai engineer bakal tercapai... Walau pun bermula sebagai technician dulu... Dalam hati, nanti kerja leh study sambil kerja... Nak ambik degree balik... Tapi pas graduation aku betul-betul dapat rasakan susahnya nak cari kerja.... patutlah orang kelulusan degree pun masih banyak yang menganggur...

      Tapi oleh sebab minat yang sangat mendalam dengan Oil & Gas ni last-last aku berjaya masuk INSTEP... Institut Teknologi Petroleum Petronas.... dan akhirnya, sekarang aku bakal menjadi kakitangan Petronas.... Tunggu masa ja... Hehe... Walau pun tak dapat jadi engineer dalam Petronas, tapi gaji technician lebih besar... Ni bukan nak jadi kaya... Tapi nak hidup senang.... 


       Sekarang ni aku masih lagi sebagai pelatih.... Semoga aku lulus interview tuk jadi staff di Kimanis Power Plant Sdn Bhd (KOMSB)... Korang doakan aku k..


       Manalah tahu rezeki aku... Aku akan beli superbike ni... Yamaha R1 1000cc...


       Semoga Tuhan menolong aku... Semoga berjaya Zul...

        Electrical Department Presentation : 09/12/2010
        INSTEP viva                                  : 13/12/2010 - 14/12/2010
        Interview Kimanis                          : 16/12/2010

"Bila Besar Nanti Saya Nak Jadi Apa?" Semoga cita-cita dalam oil & gas ni tercapai... Amin...